Pertandingan Mencipta Logo Dan Moto Upper Rajang Development Agency (URDA)

Anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)

LATAR BELAKANG


Pada 25 April 2017, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, telah mengumumkan penubuhan Upper Rajang Development Agency (URDA), sebagai agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing telah dilantik sebagai Pengerusi URDA. Penubuhan URDA bertujuan mempercepatkan pembangunan di kawasan pendalaman Hulu Rajang, yang begitu  mencabar dengan keluasan 41,186 km2, merangkumi Bahagian Kapit dan Daerah Kanowit. Kawasan URDA adalah merupakan pembekal sumber tenaga Hidro terbesar yang terdiri daripada Bakun (2,400MW), Murum (944MW) dan Baleh (1,285MW) yang masih dalam pembinaan. Ia juga kaya dengan sumber asli seperti hutan, kepelbagaian biologi, arang batu dan mempunyai tanah yang luas yang perlu dibangunkan secara sistematik dan teratur. Kesemua ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kehidupan rakyat,  meningkatkan pendapatan mereka, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang dapat mengubah Hulu Rajang menjadi kawasan ekonomi yang membangun di negeri ini.

OBJEKTIF


Objektif pertandingan ialah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk di kawasan URDA mengenai penubuhan agensi ini  yang akan memberi manfaat dan pembangunan kepada mereka. Pertandingan ini juga diadakan bagi mengukur kreativiti rakyat di kawasan URDA dalam menghasilkan logo dan moto yang akan memberikan rasa kepunyaan kepada mereka.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua individu yang mendiami kawasan URDA sahaja. (Kapit, Bukit Mabong, Murum, Belaga, Song dan Kanowit).
  2. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) logo dan SATU (1) moto sahaja bagi setiap penyertaan.
  3. Semua hasil logo dan moto  yang dihantar adalah secara automatikmenjadi hak milik RECODA.

SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO


  1. Logo mestilah baru dan asli. Logo yang mengandungi unsur-unsur dan elemen-elemen yang dianggap sensitif akan terbatal dengan sendirinya.
  2. RECODA tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada tuntutan dari pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya adalah ciplak.
  3. Rekabentuk hendaklah menggunakan kertas A4 (ukuran 210 mm x 297mm) berwarna putih dan juga disertakan dengan softcopy
    menggunakan format Adobe Illustrator (AI) atau JPEG.
  4. Rekabentuk dan warna logo yang dipilih haruslah diikuti dengan penerangan dan huraian yang jelas.
  5. Logo haruslah mengandungi tulisan “Upper Rajang Development Agency” dan “URDA”.
  6. Rekabentuk logo hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

SPESIFIKASI MOTO


  1. Setiap moto hendaklah mengandungi unsur-unsur berkenaan URDA.
  2. Moto yang dipilih hendaklah menekankan pembangunan di kawasan URDA.
  3. Moto hendaklah digabungkan bersama logo mengikut kreativiti masing-masing.

PANEL PENILAI


  1. Penilaian dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  2. Penyertaan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD Panel Penilai.
  3. Panel Penilai berhak membatalkan penyertaan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.
  4. Pihak Penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk logo dan moto yang dipilih.
  5. Logo dan moto yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hakmilik mutlak RECODA.

HADIAH


Johan : Wang Tunai RM 5,000 + Sijil Penyertaan
Saguhati x 5 orang : Wang Tunai RM 200 + Sijil Penyertaan

BORANG PENYERTAAN


  1. Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang www.recoda.com.my. (Klik untuk download)
  2. Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan SATU (1) salinan kad pengenalan.
  3. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk “soft copy” kepada:

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)
    Pejabat RECODA, Tingkat 5 & 6,
    Menara LCDA, Lot 2879,
    The Isthmus, Off Jalan Bako,
    93050 Kuching, Sarawak.
    melalui emel kepada jonathanwong.recoda@gmail.com/wesleyrimai@gmail.com/lina_rahman2228@yahoo.com
    dengan tajuk
    “PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO UPPER RAJANG DEVELOPMENT AGENCY (URDA)”.

  4. Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 30 April 2018 (Isnin), sebelum jam 12.00 tengahari.
  5. Segala pertanyaan boleh diajukan secara terus kepada pegawai kami
    iaitu:
    Cik Mawar binti Ahmad (082-551205)
    Encik Jonathan Wong Peng Kui (082-551185)
    Wesley anak Rimai (082-551193)
    Lina binti Rahman (082-551170)
    Irene Shirley anak Edward Mangga (082-551195)